Mata Ye Shao Ting berubah sedikit merah apabila dia berpaling untuk cuba menyembunyikan wajahnya.
Ye Mu Fan melihat adik perempuannya yang telah menjadi seperti orang lain sepenuhnya. Dia tergamam tetapi terus mendiamkan diri. Tetapi jelas sekali, dia masih berasa ragu-ragu kepada gadis ini.
Ye Wan Wan melihat ayahnya. "Ayah… saya minta maaf… saya tahu salah saya… saya yang sakitkan Ayah… Ayah dalam keadaan macam ni sebab Ayah cuba selamatkan saya… seluruh keluarga kita jadi macam semua sebab saya…"
Wajah Ye Shao Ting berubah setelah mendengar kata anak gadisnya. Dia merendahkan suaranya dan bertanya, "Ye Wan Wan… macam mana awak tahu? Siapa beritahu awak?!"
Ye Wan Wan menggosok hidungnya dan berfikir sejenak. Nampaknya tiada penjelasan yang masuk akal berkenaan perkara ini. Jadi, dia menoleh kepada Ye Mu Fan dan menjawab, "Abang… Abang yang beritahu saya…"
Lebih baik menyalahkan abang kandungnya sendiri…