"Yi Yi terlalu baik, sebab tu dia senang dibuli oleh orang lain. Lagipun, awak berdua pasangan yang secocok. Ye Yi Yi jauh lebih baik daripada bekas tunang awak, si pembuat masalah Ye Wan Wan tu…" Sebaik sahaja dia berkata begitu, Fan Xiu Min berasa sesuatu yang tidak kena dan terus berhenti bercakap.
Sindiran yang begitu mudah meluncur keluar daripada mulut Fan Xiu Min itu kedengaran terlalu menyakitkan telinga. Kali ini, sebelum sempat Ye Mu Fan membentak marah, wajah Liang Wan Jun telah bertukar dingin. Ibu ini yang menutup sebelah mata kepada semua ejekan dan hinaan sehingga sekarang tiba-tiba berpaling kepada Fang Xiu Min. "Apa awak kata?!"
"Akak, apa maksud Akak… saya tak tahu apa-apa!" Fan Xiu Min mengetap bibirnya, tidak mahu mengaku dia bersalah.