Sebuah kediaman yang besar kelihatan tersergam indah setelah menapak masuk ke dalam estet keluarga Ye. Deretan pokok Willow kelihatan tersusun di kiri dan kanan jalan. Seluruh tempat itu telah dihias dengan tanglung dan sepanduk yang berwarna warni.
Penjaga rumah kediaman lama ini ialah seorang lelaki pertengahan umur. Matanya yang panjang dan runcing itu tampak tajam.
"Penjaga rumah Huang, saya harap awak masih sihat sejak kita kali terakhir kita berjumpa!"
Beberapa lelaki pertengahan umur yang datang ke jamuan itu menyapa penjaga rumah berkenaan dengan senyuman lebar di wajah mereka.
Penjaga rumah berkenaan mengangguk, tidak keterlaluan dan tidak juga merendah diri. Jika dilihat dengan lebih dekat, mereka boleh melihat perasaan angkuh dalam matanya, menandakan pengaruhnya.
Di kawasan luar kediaman Ye itu, sekumpulan jejaka kacak daripada Maharaja Langit sedang berkumpul dan bertukar gosip.