Ye Wan Wan memegang komputer di sebelah tangan, melompat ke arah Si Ye Han dan memeluk lelaki itu. "Ahhhhh! Cikgu Si, saya sayang awak! Saya dapat markah penuh untuk matematik! Markah penuh! Cikgu matematik saya, Zhao Xing Zhou, mesti menangis kalau dapat tahu! Yuran Cikgu Si memang berbaloi untuk dibayar! Eh? Kenapa awak tak terkejut langsung--awak curi-curi tengok keputusan saya ke sebelum saya datang?"
"Awak ingat… perlu ke saya buat macam tu?" Si Ye Han menarik gadis itu ke dalam dakapannya dengan lagak "aku perlu periksa ke bila aku cikgu kau".
Keriaan gadis itu mungkin telah menjangkiti lelaki itu sekali kerana wajah Si Ye Han tampak lebih ceria daripada biasa.
Ye Wan Wan mengangguk tanda setuju. "Ya, ya, ya! Memang tak perlu!"
Selepas dia melihat keputusannya, hati Ye Wan Wan kian tenang semula.
Ini kali pertama dia begitu gembira semenjak dia dilahirkan semula…