Industri hiburan hanyalah satu tempat untuk bermegah diri. Tidak kira betapa awalnya anda debut, anda akan di peringkat paling bawah jika anda tidak menjadi terkenal. Seperti seekor semut, siapa saja boleh pijak.
Luo Chen sangat arif dengan kedudukan dirinya selepas tiga tahun ini. Pada mulanya, dia pernah memberontak dan cuba membela dirinya sendiri. Namun setelah seketika, dia sudah terbiasa dengan semua ejekan ini.
Lin Hao menoleh kepada artis baru di sebelahnya dan dia terus mengangguk faham. Dia melanggar bahu Luo Chen dan terus berkata, "Harap maaf, kami nak mula sesi penggambaran. Cepat, berambus dari sini!"
Jika sebelum ini, Luo Chen mungkin akan beredar tanpa banyak soal. Tapi apabila memikirkan amaran pengurusnya daripada malam semalam, dia terhenti di situ.