'Macam ni baca tapak tangan?
'Dia hanya mengusap tangan lelaki itu beberapa kali…'
Selepas Ye Bai berpuas hati dengan bacaan yang dia dapat daripada tapak tangan Si Ye Han, dia menyambung lakonannya dan meramal, "Adik, saya tengok awak dikelilingi aura yang menguntungkan dan mempunyai kuasa maharaja tertinggi… tapi sayang… garisan perkahwinan awak sangat nipis dan halus. Awak ditakdir untuk mempunyai perkahwinan yang teruk dan akan bersendirian untuk selama-lamanya… jika awak nak hapuskan sumpahan ini, hanya ada satu cara…"
Wajah lelaki muda itu tampak sangat sedih.
Apabila Han Xian Yu melihat adegan ini, dia hampir percaya Ye Bai memang tahu membaca tapak tangan. Dia mendengar dengan tekun apakah penyelesaian yang mampu menghapuskan sumpahan itu.
"Oh ya? Apa dia?" tanya lelaki itu tanpa perasaan.