Satu saat berlalu, dua saat berlalu, tiga saat berlalu…
Pandangan dingin Si Ye Han terhenti seketika kepada Han Xian Yu sebelum akhirnya berkata tanpa perasaan, "Hi."
Han Xian Yu mengangguk sedikit. "Hi!"
'Aura lelaki ini terlalu menakutkan. Cara dia pandang aku pun buat aku menggigil…'
Han Xian Yu menoleh kepada Ye Wan Wan dan bertanya, "Kawan Encik… dia orang industri ini juga ke?"
Melihat Si Ye Han tidak meletup, Ye Wan Wan mengeluh lega dan menjawab, "Tak, dia seorang ahli perniagaan."
Han Xian Yu mengangguk seperti semuanya masuk akal sekarang.
Jika seseorang seperti dia berada di dalam industri ini, dia pasti akan begitu terkenal kerana penampilannya yang segak itu. Tak mungkin dia tak pernah melihat lelaki ini.