Chu Hong Guang sengaja mahu Ye Bai rugi sedikit tetapi berpuas hati dengan keputusan akhir ini. Jadi, dia berhenti mencuba memujuk remaja itu, mengeluarkan pen besarnya dan menandatangan namanya di atas dokumen berkenaan. "Baiklah, orang ini milik awak sekarang. Ambil ini dan bagi kepada Wen Bin untuk beberapa prosuder penyerahan dan awak boleh mula kerja!"
Ye Wan Wan juga menandatangan dokumen yang sama. "Terima kasih, pengerusi Chu."
"Saya sudah pun minta seseorang untuk kemas pejabat awak. Awak juga akan menerima layanan terbaik di asrama pekerja. Awak boleh pergi tengok hari ini. Jika ada apa-apa yang awak tak puas hati, beritahu saya!"
Chu Hong Guang memegang perut boroinya dan memberikan segugus kunci kepada Ye Wan Wan sambil tersenyum. "Hehe, Ye Bai, semoga berjaya! Saya ada harapan tinggi kepada awak!"
Ye Wan Wan mengambil kunci berkenaan dan ternampak perkataan berukiran emas padanya.
'Taman Grand View…'