Selepas mendengar apa yang dipanggil tawaran remaja itu, semua orang di dalam bilik mesyuarat itu terpana, termasuk orang utama yang terlibat—Han Xian Yu. Dia tidak kelihatan tenang seperti tadi. Han Xian Yu akhirnya perlahan-lahan mengangkat kepalanya dengan perasaan yang bercampur baur dalam matanya yang kosong dan dingin sambil melihat ke arah remaja itu.
Zhou Wen Bin memandang dengan penuh benci. "Lawak betul! Kau ingat kau tu siapa?"
Fei Yang tergamam sebentar sebelum menempelak, "Zhou Wen Bin, bos tak cakap apa-apa pun lagi, tapi awak dah bising. Awak takut ada orang boleh buktikan Han Xian Yu tak bersalah ke?"
Zhou Wen Bin mengejek, "Fei Yang, saya rasa awak dah gila. Insiden ini semuanya kerana tekanan daripada orang ramai. Hiburan Seluruh Dunia sendiri tak ada kebolehan untuk buktikan Han Xian Yu tak bersalah. Tapi awak rasa lelaki ini boleh ubah pendapat umum? Siapa dia sebenarnya?"