Suara Ye Mu Fan terhenti. "Jangan menyibuk! Ini hidup Abang!"
Api mula marak dalam mata Ye Wan Wan. "Shen Meng Qi tahu tak yang Abang tak berguna dan menghabiskan masa tak buat apa-apa setiap hari?"
Ye Mu Fan dilahirkan dalam suasana yang selesa dan juga satu-satunya cucu lelaki dalam keluarga. Ye Mu Fan dimanjakan sehingga ke satu tahap dia beasa puas dengan dirinya sendiri dan tidak mahu bekerja keras untuk memperbaiki dirinya. Dia juga seorang hedonis--dia suka bergaul dengan penyangak, bergaduh, berlumba, berjudi, berfoya-foya dengan perempuan dan membazirkan kehidupannya.