Ye Wan Wan mengimbas semua komen dalam laman web dan kebanyakan daripada orang ramai tidak mempersoal sama ada ada ia benar atau tidak. Mereka semua terus menyumpah pelakon itu, menggelar dia gatal dan bidang hiburan satu bidang yang sangat kotor. Mereka juga berpendapat, Maharaja Langit pasti akan mengambil peluang ini untuk menindas dia.
Dalam hanya beberapa jam, berita itu telah menjadi berita utama dan topik terhangat dalam pelbagai laman web hiburan utama.
Ye Wan Wan mengeluh. "Melainkan pihak yang satu lagi mengaku mereka berbohong untuk memeras ugut jumlah duit yang besar daripada Han Xian Yu…"
Wajah Jiang Yan Ran berubah pucat. "Kalau niat mereka memang betul mahu menganiaya dia, kenapa mereka nak mengaku?"
Betul, inilah masalahnya.
Bagaimana anda mahu pihak satu lagi mengaku?
Jika Ye Wan Wan mahu menunggu beberapa tahun sehingga budak perempuan itu sendiri yang beritahu perkara yang benar, nasi sudah pun menjadi bubur ketika itu.