Lin Que juga beredar dalam keadaan marah, sama seperti Si Xia.
Ye Wan Wan melihat Si Ye Han dengan perasaan terkejut. "Awak berada di rumah kebelakangan ini sebab awak nak ajar saya?"
Apabila mendengar apa yang Lin Que katakan, dia teringat yang Si Ye Han sememangnya telah berada di rumah sebelum jam 8 malam dan tidak pernah pulang lewat akhir-akhir ini.
Si Ye Han tidak menafikan dan memandang gadis itu penuh makna. "Saya buat macam tu supaya seseorang berpuas hati dengan ajaran saya dan tidak meminta bayaran balik penuh nanti.
"Hehehe…" Ye Wan Wan kelihatan bersalah apabila niatnya didedahkan begitu. "Kenapa… kenapa saya…"
'Aku memang ada fikir nak minta bayaran balik hari tu…'
Selepas dia mengisi borang peperiksaan itu, Ye Wan Wan menggunakan semua tenaganya untuk mengulang kaji pelajaran sebelum hari peperiksaan.
Dalam sekelip mata, malam itu ialah malam sebelum peperiksaan kemasukan kolej.