Xu Yi melihat tuannya yang baru mengumumkan dia mempunyai cita rasa yang tinggi dan dia kemudian melirik ke arah Ye Wan Wan di sebelahnya yang masih bingung, kehilangan kata-kata.
Pada ketika itu, dia akhirnya faham perasaan Liu Ying ketika tuannya mengatakan teman hidupnya mestilah seseorang yang tidak tertanding.
"Ada soalan lain?" tanya Si Ye Han.
Ye Wan Wan menggeleng kepalanya. "Tak… cuma… terima kasih tolong bawakan kot untuk saya… dan sarung tangan ini… harimau kecil di atasnya sangat comel… awak yang pilih sendiri ke?"
Si Ye Han menjawab, "Xu Yi yang sediakan."
Xu Yi pula. "..."
'Tuan, tolong periksa semula fikiran kamu dan cakap sekali lagi!
'Ya, memang aku yang sediakan tapi aku sediakan beratus-ratus pasang sarung tangan tapi kamu hanya suka yang ni sahaja, okey?!'
"Oh…" Ye Wan Wan mengangguk dan kemudian bertanya, "Si Putih Besar masih ada di rumah?"
"Ya," jawab Si Ye Han.