Selepas dia dibantu berdiri oleh Ye Wan Wan, lelaki itu bersandar sepenuhnya ke bahu gadis itu dengan nafas yang cepat menghembus ke leher gadis itu.
Semua gadis yang berada di situ memandang penuh cemburu dan Ye Wan Wan merasakan mahu menolak lelaki itu ke arah orang ramai. 'Apa kata kamu semua yang bawa dia kalau kamu semua nak sangat? Aku sendiri tak larat nak layan dia!'
Dengan cepat, dia membawa lelaki itu ke bilik sakit.
Doktor sekolah terus memberikan ubat kepada Si Xia dan menjalankan beberapa pemeriksaan umum.
"39.5 darjah Celcius, dia demam panas. Dia perlu dimasukkan air! Dia mungkin telah mengalami satu kejutan yang besar dan terlalu memaksa dirinya. Dia perlu berehat dengan baik dan ingat, jangan buat dia marah atau letihkan dia sekali lagi!" Doktor itu memberi amaran.
'Uh, demam panas, trauma, terlalu memaksa diri sendiri…'