Chapter 175 - Tolong Suap Saya

Orang yang mengamalkan seni mempertahankan diri mempunyai pendengaran yang agak baik dan Liu Ying tidak terkecuali. Walaupun dia sedang berlawan dengan Qin Ruo Xi, dia dengar apa yang Ye Wan Wan katakan dengan cukup jelas.

Pergerakannya tiba-tiba bertukar serabut dan kemarahan yang dia pendam sebelum ini akhirnya meledak kembali. "Berani perempuan tu?! Dia boleh suruh Tuan buat benda macam tu?!"

Qin Ruo Xi menghentikan lelaki itu dengan bersahaja. "Liu Ying, jangan tergopoh-gapah!"

Liu Ying menjawab marah, "Cik Ruo Xi, awak pun cuba hentikan saya?! Saya dah cukup sabar hari ni! Macam mana awak boleh tak marah langsung?"

Qin Ruo Xi membalas tenang, "Dengan status Ye Han, satu perkara biasa jika dia ada beberapa perempuan di sisinya."

"Ta… Tapi perempuan ini lain!" Liu Ying menafi dengan cemas.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS

Related Books

Popular novel hashtag