Hati Jiang Yan Ran diselubungi perasaan sedih yang tidak boleh digambarkan. "Oh, jadi saya yang jahat kerana membatalkan pertunangan ini? Siapa yang isytiharkan pertunangan ini tidak wujud dan kata dia tak ada kena mengena dengan saya langsung? Saya hanya tolong capaikan hasrat awak. Apa? Adakah itu salah?"
Mata Song Zi Hang berkilau dingin. "Jiang Yan Ran, jangan bangkitkan dan besarkan perkara itu sekarang! Saya beri awak amaran, baik awak balik dan beritahu ayah awak untuk tarik balik pengumuman dia untuk membatalkan pertunangan dan berkerja sama dengan keluarga Song untuk projek ini. Sudah tentu tiada masalah kalau awak tetap nak betulkan pertunangan ini. Tapi sebagai ganti, saya nak awak berikan projek itu kepada keluarga Song.
Jadi, saya boleh anggap perkara ini tidak pernah berlaku. Jika tidak, jangan harap saya akan maafkan awak dalam kehidupan ini! Jangan cabar kesabaran saya. Kedegilan awak pun sepatutnya ada hadnya!"