'Rakan sekutu?'
Memandangkan mereka rakan sekutu, pastinya tidak elok jika dia tidak berjumpa dengannya…
Ye Wan Wan dengan tidak berdaya, terpaksa pulang ke Perikatan Berani terlebih dahulu bersama dengan Liu Ying.
Di luar bilik mesyuarat, Bintang Biduk memandang Ye Wan Wan dan berkata, "Kak Feng, Trance dah sampai…"
"Trance…" Ye Wan Wan tergamam. Adakah dia orang yang dikatakan ketua puak yang bersekutu dengan Perikatan Berani…?
Walaupun Ye Wan Wan pernah mendengar tentang Trance daripada Bintang Biduk sebelum ini, dia langsung tidak mengenali orang ini. Jadi bagaimana dia perlu berlakon dalam adegani ini?
Dia telah berlakon sehingga ke tahap kebas sekarang…
"Tok Ketua Ketiga dengan Bintang Tujuh tengah sambut dia sekarang… Kak Feng, cepat masuk!" gesa Bintang Biduk.
Ye Wan Wan mengangguk. 'Aku tak nak boleh tak…'
Namun, dia tiada pilihan lain selain terpaksa masuk.