Semua pihak atasan dan bawahan Perikatan Berani dalam bilik mesyuarat itu meluru ke hadapan seperti ombak dan berdiri di hadapan Li Gan Chen.
"Kesatuan Seni Bela Diri ada hati nak bawa pergi seseorang daripada Perikatan Berani macam ni? Bukan kamu semua terlalu pandang tinggi dekat diri sendiri ke!" jerit seorang lelaki tua berambut putih dan memakai sut kemas.
"Heehee… tak ada sesiapa lagi dalam sejarah yang berani berlagak biadab macam ni di kawasan Perikatan Berani!" Seorang lelaki muda ketawa sinis, perasaan dahagakan darah muncul dengan jelas dalam matanya.
"Kalau awak nak berlawan… Perikatan Berani tak pernah takut pada sesiapa pun!"
"Sesiapa berani bawa Li Gan Chen pergi, aku akan sula mak dia! Langkah mayat aku dulu!"