Ye Wan Wan terdiam sejenak setelah mendengar perkara ini.
Situasi ini telah melampaui had Perikatan Berani sepenuhnya. Bukan sahaja keluarga Yan mencuri perniagaan Perikatan Berani, tetapi mereka juga telah menyebabkan cawangan-cawangan Perikatan Berani membelot…
"Awak nak saya ajar awak macam mana nak uruskan benda macam ni?" Ye Wan Wan mempersoal Tok Ketua Kedua dengan dingin.
"Heh Presiden, kalau ini di masa lepas, kami tak perlu risau dengan keluarga kecil macam keluarga Yan. Semenjak awak pergi, Perikatan Berani tak kuat macam dulu dan keluarga Yan bukannya lemah. Malah, mereka jadi makin kuat saban tahun ni. Saya takut perkara ni jadi makin menyusahkan," jawab Tok Ketua Kedua.
"Bintang Tujuh, apa pendapat awak?" Ye Wan Wan menoleh kepada Bintang Tujuh.
"Saya ikut saja apa yang Presiden putuskan," jawab Bintang Tujuh dengan angkuh.
Ye Wan Wan. "..."
'Apa gunanya aku ada kau…'