"Tuan Li, baru beberapa tahun kita tak berjumpa tapi awak dah tak kenal suara saya?" tanya Ye Wan Wan.
"Beberapa tahun tak jumpa… tak mungkin… awak… Presiden B-Bai Feng!" Lelaki tua itu tidak percaya.
"Heh… nampaknya Tuan Li masih tak nyanyuk lagi… kalau awak tak nyanyuk, kenapa awak buat benda-benda nyanyuk?" Suara Ye Wan Wan menjadi lebih tegas.
"Tuan Presiden… bila awak balik? Bukan awak dah mati ke… tak, tak, tak, ada salah faham dalam perkara ni… mesti ada salah faham." Suara lelaki tua itu bergetar sedikit.
"Tuan Li, tak perlu membazir air liur. Awak pelukis hebat, jadi awak mesti melukis atas kertas guna tangan. Beritahu saya, saya patut hantar kertas dekat awak, atau awak patut hantar tangan awak dekat saya?" tanya Ye Wan Wan sambil mendengus lucu.