Chapter 1297 - Sangat Tampan

Bintang Biduk mengeluarkan kunci dan membuka pintu depan. "Kak Feng, saya nak upah orang untuk bersihkan rumah ni sejak dari dulu, tapi saya tak jumpa sesiapa. Mereka tak nak tak kira berapa banyak duit yang saya tawarkan dekat mereka. Akhirnya, saya tak ada pilihan lain selain paksa orang daripada Perikatan Berani untuk datang dan bersihkan. Disebabkan mereka terlalu takut, mereka bentuk kumpulan tiga ke lima orang untuk bersihkan setiap kali mereka datang… Kak Feng, kenapa awak beli rumah berhantu ni? Awak tak boleh upah orang gaji pun…"

"Saya rasa… rumah ni agak bagus…" jawab Ye Wan Wan. 'Bagus tengkorak kau!'

"Kak Feng, kunci ni untuk awak… saya masih ada urusan lain, jadi saya pergi dulu… saya akan jemput awak ke pejabat esok…" Bintang Biduk berpaling untuk beredar.

Ye Wan Wan bergegas menekan bahu kiri Bintang Biduk.

Bintang Biduk berpaling semula, keliru dengan apa yang Ye Wan Wan mahukan.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS

Related Books

Popular novel hashtag