Ye Wan Wan memberi tanda ibu jari bagus kepada ahli ini dalam hatinya. Lelaki ini mempunyai masa depan yang cerah…
"Tapi, Presiden dah lama hilang. Mereka cakap penampilan gadis muda sangat jauh berbeza dengan penampilan semasa mereka masih seorang budak, jadi mungkin sebab tu saya tak boleh cam dia. Macam ada sesuatu yang berbeza dengan aura dia yang sekarang…" sampuk seorang lagi ahli dengan keliru.
Ye Wan Wan terus menyumpah ahli ini dan moyangnya dalam kepalanya. Lelaki seperti dia tidak mempunyai masa depan!
Dalam masa yang sama, lelaki tua itu sekali lagi cuba mengambil hatinya, "Apa pun, baguslah awak dah balik, Presiden! Selamat kembali, Presiden!"
Bintang Tujuh tidak memberi sebarang komen apabila mendengar kenyataan itu. Dia jelas sekali tidak perjaya sepenuhnya kepada gadis ini. Pandangan dinginnya membuatkan Ye Wan Wan merasakan seperti ada pisau yang sedang diacu di belakangnya.
Ahli yang lain turut sama berkata dengan serentak.