Beberapa hari seterusnya ialah suatu pengembaraan yang memenatkan. Ye Wan Wan telah menukar beberapa kapal terbang, merentasi lautan luas dan hilang perkiraan bilangan kapal yang dinaikinya.
Dia bersumpah dia tidak pernah menyangka ada tempat di atas muka bumi ini yang begitu perit untuk dicapai…
Negara yang paling dekat dengan Negara Bebas tiada sebarang penerbangan ke Negara Bebas. Tempat ini juga tiada di atas peta!
Sama ada mahu masuk ke Negara Bebas atau keluar darinya, hanya ada tiga kaedah.
Kaedah pertama: feri.
Kaedah kedua: kapal terbang peribadi.
Kaedah ketiga: berenang… lebih kurang 81 hari di dalam laut sudah mencukupi.
"Negara Bebas! Kau! Tak! Guna!"
Ye Wan Wan memerah air daripada bajunya di dalam sebuah gua di sebuah pergunungan.
Dia memang telah berenang. Dari persisiran pantai ke dalam laut sehingga ke Negara Bebas…