Dalam perjalanan ke lapangan terbang, Ye Wan Wan sedang melihat pemandangan di luar tingkap apabila mendapati ada sesuatu yang tidak kena. Dia mengerutkan keningnya. "Bang, ni bukan jalan nak ke lapangan terbang, kan?"
Tidak lama selepas itu, teksi berkenaan membelok masuk ke sebuah lorong kecil yang menuju ke dalam hutan. Pemandu itu ketawa kecil. "Ini bukan jalan nak ke lapangan terbang, ni jalan nak ke neraka."
Cahaya dingin kelihatan sekilas dalam mata Ye Wan Wan.
Tanpa menunggu pemandu itu untuk bertindak, Ye Wan Wan membuka pintu belakang dan melompat turun dari kereta.
Dalam masa yang sama, but belakang teksi itu telah ditendang terbuka dari dalam dan dua orang lelaki berpakaian hitam muncul.
Dua lelaki berpakaian hitam itu tersangat pantas dan menyekat Ye Wan Wan dalam masa sesaat.
Pemandu teksi itu kemudian melangkah keluar dari teksi dengan bersahaja dan berjalan ke arah Ye Wan Wan.