Ye Wan Wan menuang segelas air untuk Xu Yi di ruang tamu dan bertanya dengan jujur, "Macam mana dengan keadaan semasa keluarga Si?"
Xu Yi meletak gelasnya ke bawah dan memandang kepada Ye Wan Wan sebelum mengeluh. "Cik Wan Wan, secara jujurnya… saya tahu pasti ada sesuatu yang besar akan berlaku dalam keluarga Si semenjak Tuan ke-9 menghilangkan diri. Terlalu ramai orang yang ingkar kepada Tuan ke-9. Mereka tak berani untuk bertindak sembarangan masa Tuan ke-9 ada, jadi semuanya nampak tenang. Tapi selepas Tuan ke-9 hilang… macam gunung berapi dah meletus dan semuanya tak boleh dibetulkan semula."
Ye Wan Wan faham apa yang Xu Yi cuba sampaikan. Ramai pihak atasan keluarga Si takut kepada Si Ye Han, jadi Si Ye Han boleh menyekat mereka semasa dia berada di sini.