Ye Wan Wan pada mulanya menyangka dia mungkin tidak akan ingat semula siapa dia atau keluarganya untuk sepanjang hidupnya.
Namun, serpihan memori yang baru muncul sebentar tadi telah membuatkan dia begitu terkejut.
Nampaknya sebaik sahaja dia meragui identiti dan memori dirinya dan begitu mahu mengetahui masa lepas yang dimiliki oleh dirinya yang sebenar, masih ada harapan untuk dia mendapat semua itu semula…
Ye Wan Wan begitu gembira apabila mendapati masih ada harapan untuk dia mendapatkan semula memorinya. Tetapi masih agak sukar untuk dia menerima yang ibu bapanya sudah pun meninggal dunia…
Ibu bapa kandungnya sudah pun hilang daripada dunia ini dan dia tidak tahu sama datuknya masih hidup atau di mana lokasinya sekarang…
Ye Wan Wan mengawal emosinya yang berkecamuk dan menunggu kesakitan yang mencucuk dalam kepalanya untuk hilang sebelum menyambung memandu ke kediaman Ye.