Ye Mu Fan memandang Ye Wan Wan dan tiba-tiba tersenyum. "Adik, walaupun saya yang selalu buli awak masa awak kecil… saya begitu manjakan awak sampai kita besar. Dulu masa awak sekolah rendah, awak suka dekat seorang lelaki dalam kelas awak, apa nama dia tadi… oh ya, Li Ai Lun! Awak bagi surat cinta dekat dia, tapi saya yang jumpa… bukan saya rahsiakan daripada ayah dan ibu kita ke? Kalau saya beritahu ayah dan ibu dulu, awak tak tahu apa akibat yang awak kena nanti."
Puting beliung melanda fikiran Ye Wan Wan apabila mendengar satu lagi kisah daripada Ye Mu Fan. Dia juga tidak ingat kepada kisah ini…
"Awak beritahu saya jangan beritahu sesiapa pun! Saya tak beritahu sesiapa pun, okey! Saya sumpah!" Ye Mu Fan bersumpah dengan bersemangat.
"Oh, yakah…" Ye Wan Wan mencuba yang terbaik untuk menyembunyi perasaan panik yang mula merangkak dalam hatinya.