Namun, dia tiada serpihan memori ini. Dia tidak mengenali Si Ye Han langsung di usia itu. Jadi mengapa dia berbaring di atas katil itu dan disuntik dengan memori orang lain selepas memorinya disapu bersih melalui hipnosis mendalam?
Ye Wan Wan merasakan kepalanya membengkak menjadi belon yang besar. Perasaan hilang yang kuat menyelubungi dirinya.
Dia masih belum boleh menerima berita kehilangan Si Ye Han. Sekarang, dia telah mengetahui rahsia di sebalik identiti sebenarnya dalam bilik bacaan Si Ye Han. Manakala dalang di sebalik semua ini tidak lain dan tidak bukan ialah Si Ye Han sendiri…
Jika isi kandungan video ini bukan suatu gurauan dan dia memang bukan Ye Wan Wan, jadi siapa dirinya yang sebenar…?