Nie Tiada Nama terus tergamam.
'Syaitan Kecil nak Ye Wan Wan ikut dia balik?'
Sebarang permintaan lain boleh dipenuhi dengan mudah. Namun, dia mahu Ye Wan Wan pulang bersamanya. Ini bukan sesuatu yang Nie Tiada Nama boleh putuskan sendiri…
Nie Tiada Nama kelihatan serba-salah. "Moyangku sayang, bukan saya dah jelaskan dekat awak ke tadi? Dia bukan mak awak, dia hanya orang yang saya jumpa untuk menyamar jadi mak awak. Saya tipu awak… kenapa awak nak dia ikut awak balik?"
Sebaik sahaja anak kecil itu mendengar kata-kata bapa saudaranya, wajah kecilnya terus berubah dingin tanpa sebarang kehangatan. "Awak ada sepuluh minit untuk penuhi permintaan saya."
"Ini tak ada kena mengena dengan masa…"
"Lima minit."
"Kejap, kejao, kejap! Saya akan terus cari Mama awak!!!"
Nie Tiada Nama terus bergegas keluar daripada bilik itu.
…
Dalam masa yang sama, di tingkat bawah di ruang tamu.