"Siapa akan melompat turun dari pokok tanpa sebarang sebab macam awak?" Ye Wan Wan sedang menjerit apabila tiga lagi orang melompat turun dari pokok itu dengan lincah.
Tiga orang itu adalah Semburan Bunga, si penganut Taoist dan warga asing pemindah bata…
Semburan Bunga berpakaian cantik seperti biasa sambil menempel kepada Nie Tiada Nama. Dia melambai kepada Ye Wan Wan. "Hei, Bos Ye! Kita berjumpa lagi!"
Ye Wan Wan terkedu apabila dia merenung kepada kumpulan ini. "..."
Pipit sama pipit, enggang sama enggang.
Ketua seperti ini pastinya akan menarik orang bawahan seperti dia.
'Mereka berempat ni tak sesak ke berhimpit atas pokok yang sama?
'Oh ya, bukan kena ada lima orang ke…? Kenapa ada empat je ni?'
"Mana lagi seorang?" Ye Wan Wan bertanya dengan selamba sambil memandang mereka berempat.
'Lelaki dingin dengan keranda nampaknya tak ada hari ni?'