Ye Hong Wei berkata dengan tegas, "Shao An, saya dah cakap yang Syarikat Ye ialah darah dah jiwa saya dan saya tak akan berat sebelah kepada sesiapa saja. Saya hanya ada satu prinsip : Kedudukan ini akan disandang oleh sesiapa sahaja yang layak.
Memang betul prestasi Mu Fan buruk sebelum ni, jadi saya dah bagi hukuman yang setimpal kepada dia. Sekarang, dia dah gunakan kebolehan dia untuk perbaiki diri sendiri, jadi saya juga bagi peluang kepada dia. Kalau dia tak buat dengan baik, dia juga perlu keluar."
Seperti yang Ye Wan Wan jangka, datuk mereka tidak akan mengendahkan keraguan Ye Shao An.
Apa yang Ye Hong Wei paling ambil berat dalam hidupnya ialah syarikat yang dibina dengan darahnya sendiri itu. Seperti apa yang dia kata, dia hanya memerlukan satu syarat daripada pewarisnya : Kedudukan ini akan disandang oleh sesiapa sahaja yang layak.