Selepas Nie Tiada Nama menyerahkan "nafkah"nya kepada Ye Wan Wan dan meminta beberapa keping gambar daripada gadis itu, dia sekali lagi menghilangkan diri tanpa sebarang kesan.
Ye Wan Wan pada mulanya mahu bertanya progress lelaki itu dalam mencari ibu bapa kandung Tang Tang, tetapi nampaknya tidak sempat.
'Dia ni memang teruk? Kenapa dia cuai sangat? Dia tak takut ke aku tiba-tiba bertukar gila dan culik Tang Tang satu hari nanti?'
Ye Wan Wan melangkah naik ke tingkat atas. Si Ye Han sudah pun menyelimut Tang Tang di atas katil dan anak kecil itu sudah begitu lena tidur.
Ye Wan Wan menghampiri dan mencium pipi gebu Tang Tang.
Manakala Si Ye Han pula mengeluarkan sebuah kit pertolongan cemas dari dalam laci. "Mari sini."
Ye Wan Wan berjalan ke sofa dengan patuh. "Okey."