Lokasi jamuan itu agak jauh dari Rumah Mawar, jadi Ye Wan Wan telah meminta Xu Yi menghidupkan radio untuk menghilangkan perasaan bosan semasa perjalanan pulang.
Radio ketika itu sedang memainkan program lewat malam dan muzik menenangkan memenuhi segenap ruang kereta itu.
Ye Wan Wan mengatup matanya sambil memeluk Tang Tang dan bersandar ke bahu Si Ye Han, menikmati suasana tenang yang jarang kali bertandang ini.
Dia sudah sekian lama berada dalam keadaan tegang, tetapi kini dia akhirnya boleh bertenang.
Selepas lagu itu berakhir, suara DJ radio kedengaran menerusi corong radio.