"Kenapa awak pandang saya?" mata Ye Wan Wan berkelip.
Jiang Yan Ran terbatuk kecil dan menelengkan kepalanya, "Saya cuma rasa yang awak dah berubah dengan drastik…"
Ye Wan Wan tertawa dan berkata, "Berubah? Awak pernah kenalkah diri saya yang sebenar sebelum ini?"
Jiang Yan Ran berfikir sejenak; dia tidak rapat dengan gadis ini semasa mereka tidur sebilik dan dia juga salah faham akan Ye Wan Wan walaupun setelah Ye Wan Wan berpindah keluar dari bilik asrama mereka. Dia benar-benar tidak mengenali diri sebenar Ye Wan Wan.
"Saya minta maaf tentang perkara yang berlaku dulu…saya salah tentang awak…" Jiang Yan Ran bersuara, sedikit malu. Dia menyambung, "Kenapa awak masih mahu bantu saya walaupun dengan cara saya melayan awak?"
"Bukankah saya sudah cakap sebelum ini, kita kena bekerjasama! Saya pun perlukan bantuan awak nanti."