Chapter 1156 - Keyakinan Teguh

Sementara itu, krew penggambaran majlis anugerah ini seperti mahu seluruh dunia jatuh dalam huru-hara dan sengaja menghala kamera mereka kepada Ye Wan Wan, seperti mahu melihat Ye Bai dalam keadaan resah.

Sayangnya, perasaan tenang dan bersahaja pada wajah Ye Wan Wan tidak pernah berubah dan dia menoleh dengan tenang kepada lens kamera yang telah difokus kepadanya. Dia kemudian tersenyum ringan.

Apabila senyuman itu ditayangkan pada skrin besar di majlis itu, bunyi terkejut semua orang kedengaran dengan jelas.

"Tampan… tampannya…" gumam seorang artis perempuan dengan perlahan.

"Itu ke Ye Bai? Sayangnya dia jadi pengurus dengan muka macam tu!"

Cai Yong Sheng melihat bagaimana Ye Bai berpura-pura tidak kisah dan mencemuh dalam hatinya.

'Dah nak kena timbus tapi masih berlagak lagi!

'Budak sial, bila kau tak ada jalan keluar lagi, kau akan merangkak balik dekat aku dan merayu untuk aku selamatkan kau!'

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS