Chapter 1137 - Pakar Sebenar

Ye Wan Wan memandang kepada wajah yakin semua orang dalam bilik mesyuarat itu dan menjadi teragak-agak. "Hm? Saya memang tumbuk kereta sampai berlubang dengan tangan saya sendiri?"

Semua orang mengangguk dengan serentak.

"Saya juga berlawan dengan semua pengawal peribadi kawan saya?"

Gong Xu mengangguk kepalanya dengan ligat. "Tak, tak, tak!"

Ye Wan Wan menghela nafas lega. "Saya tahu benda tu mustahil!"

Gong Xu kemudian berkata, "Awak tak berlawan sebab awak yang belasah mereka semua."

Ye Wan Wan. "..."

Akhirnya, setelah semua orang berkata perkara yang sama, Ye Wan Wan tiada pilihan lain selain terpaksa percaya semua itu betul.

Ye Mu Fan berkata dengan suram, "Oleh itu, mesyuarat kita hari ini ialah untuk letak peraturan 'Larangan kepada Ye Bai daripada minum alkohol' ke dalam buku panduan syarikat!"

Ye Wan Wan berkata dengan tidak berdaya, "...perlu ke awak jadi dramatik sampai macam ni?"

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS