Ye Mu Fan baru sahaja kembali dari tandas apabila dia ternampak Gong Xu diminta untuk dibelasah sekali lagi. Dia terus menarik Gong Xu bangun dan menolak lelaki itu ke tepi. "Apa awak buat ni?! Kalau awak nak jadi gila, pergi tempat lain! Jangan melekat dekat Ye Bai saya!"
Han Xian Yu menghela nafas lega apabila melihat Ye Mu Fan telah kembali.
Gong Xu : "Mengarut! Abang Ye jelas sekali saya punya!"
Ye Mu Fan : "Pft, awak punya? Kuatnya kau berangan!"
Gong Xu berfikir sejenak sebelum menerima tempatnya di kedua terbaik. "Kalau macam tu… saya milik Abang Ye!"
Ye Mu Fan. "..."
'Lelaki ni boleh tak tahu malu lagi ke?!'
Sejujurnya, sebaik sahaja Ye Mu Fan berfikir bagaimana Wan Wan akan memberitahu Gong Xu perkara sebenar selepas Anugerah Orkid Emas nanti, dia terus berang.