'Sembunyikan perempuan?'
"Mustahi!!!" Wajah Xu Yi terus berubah hitam seperti jalan tar. Dia melambai tangannya dan menjelaskan, "Awak masih tak kenal Tuan ke-9 ke, Cik Wan Wan? Macam mana Tuan ke-9 boleh buat sesuatu macam tu?!"
"Mestilah saya kenal dia macam mana! Kesayangan saya tak akan pandang dua kali dekat perempuan lain tak kira cantik macam mana pun mereka! Tapi mestilah tak ada perempuan yang lebih cantik daripada saya!"
Xu Yi. "..."
"Kalau bukan tu sebabnya, kenapa awak sekat saya?"
Xu Yi mengelap peluhnya dan sedar dia tidak boleh lagi menyembunyikan perkara itu daripada Ye Wan Wan. Jadi dia tiada pilihan lain selain terpaksa menjawab dengan jujur, "Cik Wan Wan, saya sekat awak untuk kebaikan awak sendiri. Tuan ke-9 dekat dalam tengah uruskan… uruskan urusan khas… bukan awak minta saya jadi pengintip awak ke sebelum ni… awak nak saya beritahu awak kalau awak bertembung dengan situasi macam ni, kan?"