"Nasib baik Mak Cik tak perasan ukiran nama dalam cincin tu masa Mak Cik curi. Kalu tak, saya tak tahu macam mana saya nak bersihkan nama saya hari ni."
Tuduhan "mencuri" Ye Wan Wan telah membuatkan perasaan marah meletup dalam diri Liang Mei Xuan. Dia menggenggam cincin itu dan berkata dengan kasar, "Kau… mesti kau dah ukir dekat cincin ni tadi!"
Ye Wan Wan ketawa kecil. "Mak Cik cakap saya yang mengarut tadi, tapi saya rasa Mak Cik yang mengarut sekarang. Permukaan cincin ini mungkin batu jed, tapi cincin tu sendiri diperbuat daripada emas platinum. Saya ukir dengan kuku saya ke tadi?"
Liang Mei Xuan mengetap giginya. "Jadi… jadi ni bukan cincin pertunangan Yi Yi!"
Ye Wan Wan menaikkan keningnya. "Mak Cik akhirnya mengaku ni bukan cincin Ye Yi Yi?"
"Ini memang cincin Yi Yi! Tapi kau curi cincin pertunangan Yi Yi!" Kemarahan Liang Mei Xuan sudah berada di puncak.