"Mengarut!" Ye Mu Fan menoleh kepada Liang Shi Han dan mendengus jengkel, "Awak ingat kami akan benarkan kamu semua periksa hanya sebab awak kata macam tu? Macam mana kalau saya suruh awak pergi tenung matahari sekarang, awak nak buat?!"
Ye Mu Fan syak mereka pastinya sudah meletakkan cincin itu kepada Ye Wan Wan. Jika tidak, mereka tidak akan mencetuskan kekecohan besar seperti ini hari ini. Jika mereka tidak pasti cincin itu ada pada Ye Wan Wan dan mereka tidak jumpa cincin cincin itu pada gadis itu, Ye Yi Yi pasti akan dimalukan. Hampir mustahil untuk Ye Yi Yi melakukan sesuatu seperti ini di hari istimewa ini.
Ye Mu Fan memutuskan dia tidak akan membenarkan sesiapa pun untuk memeriksa beg tangan Ye Wan Wan, tidak kira apa yang berlaku.
Ketika itu, semua tetamu melihat mereka dan berbisik semasa mereka sendiri.
"Kalau dia tak ambil, kenapa dia tak bagi orang periksa beg tangan dia…"