Ye Wan Wan menghulurkan tangannya dan membuka butang baju kemeja lelaki itu satu persatu, mendedahkan sedikit demi sedikit kulitnya…
Dia cuba mengalihkan pandangannya, tetapi dia juga tidak dapat menahan daripada mencuri pandang…
'Membahayakan jantung aku!
'Kenapa aku rasa Si Ye Han sengaja goda aku semenjak dua hari ni? Dia pandang rendah dekat kawalan diri aku ke?'
Namun, dia akhirnya berjaya membantu menukar baju Si Ye Han dengan bantuan kekuatan dirinya.
Semasa dia hampir selesai membantu lelaki itu, barulah dia tersedar…
'*Kof*, Si Ye Han tak minta benda ni sebab aku tolong Tang Tang pakai baju, kan?!'
Ye Wan Wan terkedu dan berasa lucu, tetapi dia juga dapat merasakan hatinya mencair menjadi lopak air.
Lebih lama Ye Wan Wan berinteraksi dengan lelaki ini, lebih banyak dia tahu yang Si Ye Han sangat berbeza dengan luaran lelaki itu yang dingin dan kejam…
…