Rumah Mawar.
"Si Ye Han, mana kita nak bawa Tang Tang pergi untuk hujung minggu depan?" Ye Wan Wan berlari dengan girang ke bilik bacaan untuk mencari lelaki itu.
Ketika itu waktu petang dan lampu dalam bilik itu tidak dibuka, jadi suasana dalam bilik itu agak gelap. Si Ye Han sedang duduk di kerusi besar dengan wajahnya tersembunyi di balik bayang-bayang.
"Si Ye Han… Si Ye Han…" Ye Wan Wan perlu memanggil beberapa kali sebelum dia mendapat jawapan balas lelaki itu.
"Apa?"
Dia mendekati lelaki itu sambil mengerutkan keningnya dan menghulur tangan untuk memeriksa dahi Si Ye Han. "Awak okey? Awak nampak tak berapa baik… awak ada rasa tak sihat dekat mana-mana ke?"
Si Ye Han menarik gadis itu untuk duduk di atas pangkuannya. "Tak ada apa-apa. Mesyuarat hari ni terlalu lama."