Han Xian Yu berkata dengan tenang, "Beritahu perkara sebenar dan cakap kami kawan biasa."
Ye Wan Wan mengangguk bersetuju. "Pihak media hanya akan gila dalam masa beberapa hari dan tak akan jumpa maklumat baru. Semua ini akan berlalu, paling lama pun dalam masa seminggu ."
Gong Xu terus bertanya, "Macam mana kalau mereka jumpa maklumat baru?"
Ye Wan Wan menjawab dengan menyampah, "Jadi saya nak tengok syarikat media mana yang ada kebolehan untuk korek keluar maklumat tu!"
'Ini aku berpakaian perempuan, okey? Macam mana mereka boleh jumpa aku?'
Han Xian terbatuk ringan. "*Kof*, apa Ye Bai cuba cakap ialah kami kawan biasa, jadi tak ada apa-apa menarik untuk dikorek."
Perasaan kecewa mula memenuhi wajah Gong Xu. "Apa? Kamu berdua memang hanya kawan biasa? Bosannya…"