Si Ye Han sendiri terkejut dengan jawapan ini, apatah lagi lima pengawal itu.
Xu Yi mengurut dahinya, mahu menangis tetapi tiada air mata yang mengalir…
Seperti dijangka, dia tidak boleh jangka hala tuju fikiran Cik Wan Wan menggunakan logik akal.
Manakala lima orang pengawal itu pula tergamam dengan jawapan itu.
Mereka memikirkan beribu-ribu kemungkinan tetapi tidak pernah menyangka ini jawapannya.
Patutlah! Patutlah dia tidak bertindak sehinggalah Yamamoto Tsubasa berkata begitu!
Adakah sebab Yamamoto Tsubasa memanggil kekasihnya "uzur"?
Betapa… terharunya…
Ye Wan Wan mengangkat keningnya apabila melihat wajah tergamam mereka. "Kenapa?"
"T-tak ada apa-apa…" Lima orang itu tercekik dan menggeleng kepala mereka berulang kali.
"Ada soalan lain?"
Ketua pengawal bertanya dengan teragak-agak, "Jadi, awak tak nak bertarung pada mulanya sebab…"