Qin Ruo Xi menoleh kepada Ye Wan Wan dan menjelaskan, "Peraturan asal mengatakan wakil tak perlu naik ke pentas. Tapi nampaknya peraturan tu dah diubah di saat akhir. Apa pun, kita hanya banding kemahiran, jadi awak boleh berhenti kalau terlalu susah nanti. Ia tak sepatutnya begitu susah dengan kekuatan Cik Ye. Jadi jangan risau."
Ye Wan Wan menaikkan kening selepas mendengar penjelasan Qin Ruo Xi. Dia akhirnya faham. Semenjak jamuan itu, Qin Ruo Xi telah bercakap bagi pihak dia dan memuji dia dengan pelbagai jenis cara.
'Qin Ruo Xi… rancang nak gagalkan aku lepas semua pujian melambung tu?'
Pertama sekali, dia mengangkat Ye Wan Wan tinggi sehingga ke langit biru di hadapan semua orang dan kemudian melihat bagaimana dia jatuh ke bawah...
'Bagusnya idea itu!'
Pentas dikosongkan dan disediakan dengan cepat.