Chapter 1019 - Tidak Setenang Itu

Han Xian Yu menjadi lebih terkejut. "Felix abang kandung awak? Jadi, awak…"

Ye Wan Wan tersenyum. "Biar saya perkenalkan diri saya semula. Nama keluarga saya Ye dan nama penuh saya Ye Wan Wan. Saya adik perempuan Ye Mu Fan."

Han Xian Yu terkejut, tetapi perkara ini lebih masuk akal.

Patutlah Ye Mu Fan dan dia bersama-sama menubuhkan syarikat ini. Dia tidak menyangka yang gadis ini ialah puteri keluarga Ye…

Industri hiburan ada terdengar khabar angin tentang anak perempuan keluarga Ye. Mereka semua mengatakan bagaimana dia seorang yang tidak munasabah, menyusahkan, bodoh dan tidak cekap. Ada juga yang berkata dia seorang yang sangat hodoh dan tunangnya tidak boleh bertahan lagi, jadi dia telah memutuskan pertunangan…

Nampaknya… khabar angin memang tidak boleh dipercayai…

Ye Wan Wan mengambil air lemonnya dan minum untuk menenangkan fikirannya yang berkecamuk. "Haih, nasib baik saya terserempak dengan awak hari ni. Kalau Gong Xu, matilah saya!"

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS