Chapter 1006 - Namanya Disebut

Ye Wan Wan terus mendongak dari buku notanya selepas mendengar contoh itu.

'Hmm, aku tak sangka akan tiba satu hari di mana kes aku selesaikan akan disebut dalam kuliah Profesor Li…'

Ia dirasakan agak menakjubkan.

"Mestilah saya tahu! Skandal tu dah cetuskan kekecohan besar masa tu! Saya jamin tak ada sesiapa yang tak tahu pasal skandal ni."

"Han Xian Yu dah teruk dianiaya! Nasib baik semuanya telah didedahkan selepas tu!"

Para pelajar di bawah pentas mula berbual dengan rancak.

Profesor Li mengangguk. "Siapa boleh analisis kes ini?"

Gadis yang bernama Yu Ya kelihatan seperti mahu mengangkat tangannya, sangat bersemangat untuk mencuba.

Namun, Profesor Li terhenti di atas pentas dan pandangannya diarah tepat kepada Ye Wan Wan, sedar dengan kehadiran gadis itu.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS