Selepas mereka mendapat alamat tempat tersebut, Mubai dan yang lain segera bergegas ke lokasi itu. Apabila Mubai melihat tempat tersebut, wajahnya dingin seperti musim salju. Pintu ke ruang bawah tanah telah dibuang dan di dalam tempat itu adalah dinding yang baru dibina!
Simen masih belum kering jadi ini bermaksud ia telah dibina baru-baru ini. Ini ke pengajaran kecil yang Tong Yan maksudkan?
Perlukah dia menutup ruang bawah tanah demi memberikan sedikit pengajaran?
Jelas sekali dia bertujuan untuk membunuh dan menyembunyikan mayat Xinghe!
Jari dan suara Mubai menggigil ketika dia mengarahkan, "Pecahkan! Cepat pecahkannya!"
Dia khuatir jika apa-apa yang tidak diingini sudah berlaku kepada Xinghe. Dia takut hendak melihat apa yang ada di sebalik dinding yang pecah ini…
Nafas Mubai semakin deras. Jika apa-apa terjadi kepada Xinghe, dia berjanji akan menghantar semua orang ke neraka untuk menemani Xinghe. Tidak ada seorang pun akan selamat!