Ia lebih dari cukup untuk mendatangkan kecederaan.
Black Three menahan dengan sekuat hati namun pada pertengahannya dia mula mengerang kesakitan.
Walaubagaimanapun, Xiao Mo dan Xia Zhi tidak memperlahankan serangan mereka.
Mereka sedang berurusan dengan seorang pembunuh profesional, tidak ada gunanya mereka memberi belas kasihan.
Xinghe langsung tidak terkesan dengan raungan Black Three.
Dia melayari internet dengan tenang seolah tiada perkara yang luar biasa berlaku di bilik itu.
Akhirnya, dia membuka mulut dan berkata, "Sudah cukup. Ada sesuatu yang saya nak tanyakan pada dia."
Xiao Mo dan Xia Zhi berhenti dan termengah-mengah. Seperti yang dipelajari dari pengawal peribadi, dia menegakkan badan Black Three dan memberi amaran, "Baik kamu jawab apa sahaja yang kakak saya tanyakan pada kamu atau kami akan beri kamu lebih lagi."