Chereads / Encik CEO, Manjakan Aku 100 Peratus! / Chapter 95 - Jatuh ke Tangan Chui Ming

Chapter 95 - Jatuh ke Tangan Chui Ming

Sebenarnya, niat untuk membunuh terlintas difikirannya.

Jika pembunuhan itu tidak menyalahi undang-undang, dia akan mara ke hadapan dan merampas nyawa Chui Ming!

Xiao Mo tidak menyembunyikan kebencian di matanya. Chui Ming melihatnya dan berkata dengan sombong, "Kamu kah itu, Xiao Mo?

"Ya, setelah sekian lama. Memang betul lah orang selalu kata, orang-orang baik selalunya mati awal, jadi tidak hairanlah, kamu masih hidup dan sihat," Xiao Mo menjawab dengan sarkastik, berusaha sedaya upaya menahan keinginannya untuk menumbuk muka Chui Ming.

Mata Chui Ming bertukar menjadi kejam dan dia menjawab dengan senyuman sinis, "Saya gembira melihat kamu juga kerana saya fikir kamu sudah bunuh diri kamu sejak dahulu lagi."

Dahulu Xiao Mo pernah cuba untuk menentang Chui Ming.

Dia juga telah membawa kesnya ke mahkamah namun ia ditolak serta merta. Chui Ming sememangnya terlalu kuat untuk ditangani.

Dia bukan sahaja gagal membalas dendam tetapi kehidupannya juga hancur disebabkan oleh Chui Ming.

Chui Ming telah menyenaraihitamkan dia di Bandar T sehingga dia tidak mempunyai peluang untuk menyara hidup. Chui Ming sentiasa mencari jalan untuk menyakiti Xiao Mo.

Xiao Mo tidak mempunyai pilihan selain membawa adiknya bersembunyi, jauh dari kehidupan di pinggir masyarakat.

Kehidupannya boleh digambarkan dengan satu perkataan, kesakitan.

Masa tidak mengikis kebenciannya terhadap Chui Ming, sebaliknya ia telah mengasahnya.

Malangnya, satu-satunya yang terluka disebabkan kebencian itu adalah Xiao Mo sendiri. Setiap hari dia berasakan niatnya untuk membalas dendam sangat mustahil.

Dia telah pasrah dan berfikir dendamnya akan dibawa sehingga ke kubur. Tetapi syukurlah Tuhan telah memberikannya sinar harapan.

Pertandingan Penggodam ini merupakan sinar harapan itu!

Xiao Mo menyembunyikan kebenciannya dan memaksa dirinya untuk senyum, sambil berkata, "saya minta maaf kerana masih hidup. kamu pasti kecewa kan?"

"Memang pun," Chui Ming memarahinya lalu bertanya dengan curiga, "tetapi mengapa kamu berada di sini?"

"Itu bukan urusan kamu." Xiao Mo tidak mahu bercakap dengan Chui Ming lagi, dia berpaling dan pergi.

Dia tidak boleh membazirkan masa bertekak dengan Chui Ming kerana dia tidak mahu Chui Ming mengetahui tujuan dia ke mari.

Chui Ming akan merosakkan rancangan mereka jika dia tahu.

Sebelum Xiao Mo pergi, Chui Ming melangkah ke hadapannya untuk menghalang laluannya. Pengawal peribadi di belakangnya menatap Xiao Mo seperti dia seorang lelaki yang sudah mati. Jika bos mereka memetik jari, itulah yang akan terjadi padanya.

Xiao Mo mengecilkan matanya dan berkata, "Ke tepi..."

"Kenapa kamu ada di sini?" Chui Ming menganggunya dengan kasar, "Xiao Mo, jangan buat saya ulang kata-kata saya buat kali yang ketiga, kalau tidak kamu tahu lah apa yang akan berlaku."

Xiao Mo mengambil langkah dengan cepat. "Saya tidak percaya kamu berani untuk melakukan apa-apa di tempat awam seperti ini!"

"Tangkap pencuri itu!" Chui Ming tiba-tiba menjerit, dan pengawalnya segera menuju ke Xiao Mo.

Xiao Mo cuba untuk melarikan diri namun beberapa pengawal peribadi yang berbadan sasa telah menjatuhkannya ke lantai dengan serta-merta!

Di tengah-tengah pergelutan itu, sebuah CD jatuh dari kemejanya.

Ia berhenti betul-betul di sebelah kaki Chui Ming.

Ekspresi Xiao Mo berubah serta merta, dia dapat berasakan hatinya berdegup kencang..

"Lepaskan saya!" Dia berusaha keras untuk menuntut semula CD itu. Baru sahaja tangannya hendak mencapai, kasut kulit Chui Ming memijak CD itu.

Pada masa itu, Xiao Mo dapat berasakan segala harapannya musnah berkecai.

Chui Ming menyaksikan tindak balas Xiao Mo dan dia ketawa dengan gembira, sambil menambah, "Tengoklah, kamu kelihatan sangat risau dan gelabah. Pasti ada sesuatu yang penting di dalam CD ini."

Ia lebih dari penting, ia impian dan harapan kawan-kawannya.

Tanpa CD itu, mereka tidak dapat mengalahkan Chui Ming. Balas dendam? Mereka hanya boleh bermimpi.

Malangnya, benda yang sepenting itu telah jatuh ke tangan Chui Ming.

Jika Chui Ming tahu apa yang terkandung di dalam CD itu, adakah dia akan memusnahkannya?

Dengan hanya memikirkan perkara itu pandangan Xiao Mo kabur...